Jumaat, 10 Julai 2009

Sejarah Pokok Kayu Manis di Daerah Keningau

Nama Daerah Keningau diambil sempena nama pokok Koningau iaitu nama pohon kayu manis dalam bahasa Dusun. Kayu manis tumbuh dengan meliar dan subur di beberapa kawasan Banjaran Crocker dalam daerah Keningau.• Kawasan Kg. Bangau di Banjaran Crocker iaitu kira-kira 7 kilometer dari Pekan Keningau merupakan kawasan utama pokok kayu manis tumbuh dengan subur. Tumbuhan ini juga boleh disemai dan ditanam semula melalui buahnya atau benih-benih yang tumbuh merata di sekitar kawasan pokoknya.